Testosteron adalah hormon yang membantu anda meningkatkan jisim otot dan ketumpatan tulang. Bukan hanya terhad untuk membantu anda mempunyai bentuk badan sado, ia juga penting untuk kesihatan yang baik! Tahap testosteron yang rendah, di kalangan lelaki, boleh membawa kepada beberapa keadaan kesihatan yang serius, termasuk peningkatan risiko kemurungan, keinginan seks yang rendah, obesiti, dan dan lain-lain.
Berikut Adalah Beberapa Kaedah Meningkatkan Testosteron Dengan Mudah
Kaedah # 1: Sprint a.k.a. lari pecut
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa anda boleh meningkatkan tahap testosteron anda dengan berlari. Dalam satu kajian, tahap testosteron meningkat dengan ketara bagi mereka yang melakukan beberapa 6 saat sprint. (YUP, sangat pendek, tetapi sengit!!) – dan tahap testosteron kekal tinggi walaupun mereka telah pulih sepenuhnya dari latihan sprint.
Kaedah yang disarankan untuk keputusan yang optimum:
• 5-10 sprint pendek tidak lebih daripada 15 saat setiap satu;
• Rehat antara 45-60 saat setiap sprint;
• Lakukan sebanyak 2-3 kali seminggu.
Tip # 2: Angkat Berat
Kajian menunjukkan latihan angkat berat dengan ulangan yang rendah (heavy weight with low reps) akan meningkatkan testosteron dengan lebih ketara jika dibandingkan dengan latihan angkat berat yang ringan dengan ulangan yang banyak (light weight with reps light weight).
Kaedah yang disarankan untuk keputusan yang optimum:
• Lakukan latihan berat yang melibatkan majoriti otot badan seperti seperti squats, deadlifts, bench press, dan Olympic lift.
• 2-3 kali setiap minggu.
• Sebagai langkah permulaan, sila lakukan dibawah pengawasan pelatih yang bertauliah. Penggunaan weight training machine juga adalah jauh lebih mudah dan selamat.
• Di set latihan yang terakhir, pilih berat paling maksimum yg termampu a.k.a. berat yang boleh diangkat sebanyak 5-6 ulangan tanpa bantuan rakan, tetapi memerlukan pembantu untuk melakukan 3-4 ulangan tambahan bagi melengkapkan jumlah ulangan sebanyak 8-10 kali.
Tips # 3: Gunakan Tempoh Rehat Panjang
Para saintis mendapati kesan rehat yang lebih lama sekitar 120 saat antara set adalah lebih baik untuk meningkatkan testosteron. Oleh itu, untuk memaksimumkan masa di gym pada masa yang sama mengoptimumkan masa rehat setiap otot, dicadangkan agar aktiviti yang mensasarkan kumpulan otot yang berbeza dilakukan semasa kumpulan otot yang lain berehat.
Kaedah yang disarankan untuk keputusan yang optimum:
• Lakukan satu set bench press (yang mensasarkan otot dibahagian atas badan)
• rehat dalam 30-60 saat
• lakukan satu set squats (yang mensasarkan otot dibahagian bawah badan).
Tip # 4: Hindari Cardio Kronik
Sukan endurance seperti berbasikal jarak jauh didapati boleh menurunkan testosterone (berlawanan dengan latihan angkat berat yang meningkatkan testosterone). Terdapat satu kajian yang dijalankan pada tahun 2003 mendapati bahawa tahap testosteron jauh lebih rendah dihasilkan oleh penunggang basikal berbanding atlet angkat berat. Sesetengah penyelidik telah menyimpulkan bahawa tahap testosteron rendah dalam atlet endurance adalah sebagai langkah penyesuaian yang memberi kelebihan kompetitif – kerana jisim otot tambahan dari testosteron mungkin akan melambatkan pergerakan mereka.
Kaedah yang disarankan untuk keputusan yang optimum:
• Elakkan melakukan latihan endurance.
Tips #5: Amalkan Herba Tongkat Ali dan Ubijaga
Antara kaedah yang muidah untuk meningkatkan hormon Testosterone sejak zaman berzaman di kawasan Asia Tennggara adalah dengan mengamalkan herba Tongkat Ali (Eurycoma longifolia). Tongkat Ali adalah tumbuh-tumbuhan yang terkenal untuk memperkuat tenaga lelaki dan meningkatkan prestasi seksual. Tongkat Ali biasanya digunakan bersama Ubijaga (Smilax myosotiflora) untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ubijaga juga didapati membantu untuk membakar lemak dan mempunyai sejenis protein yang telah diiktiraf sebagai afrodisiak untuk meningkatkan prestasi seksual lelaki.
Hasil kajian mendapati bahawa mempunyai sebatian aktif tongkat ali bertindak sebagai anti malaria, anti kanser, agen penggalak seks(Apphrodiasiac) dan untuk meningkatkan kesihatan badan. Pada 2003, British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik yang menunjukkan tongkat ali mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot. Terdapat kajian lain yang mendapati sebatian aktif seperti Eurikomanon, Eurikomalakton dan Eurikomanol (Qussinoids) yang banyak terdapat di dalam akar Tongkat Ali berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan Hormon Testosterone.
Sumber : http://www.mithalimoms.com.my/kaedah-meningkatkan-testosteron-dengan-mudah/