X360 Ubijaga

Produk Pertama Di Malaysia Membolehkan Anda Turunkan Berat Badan, Kempiskan Perut, Tambah Tenaga Batin Lelaki.

X360 Ubijaga

Terbukti Berkesan Bakar Lemak Anda!.

X360 UBIJAGA

Hanya Satu Sudu Pagi Dan Malam, Anda Kekal Bertenaga Sepanjang Hari.

UBI ANDA TAK BANGUN PAGI DAH?

X360 Ubijaga mengandungi Ubi Jaga, Tongkat Ali, Buah Tin yang memberikan banyak khasiat untuk memberi tenaga dan kekuatan dalaman seorang lelaki sejati

AGEN / DROPSHIP WANTED

Berminat Nak Jadi Agen / Dropship X360 Ubi Jaga? Whatsapp Kami Segera "PM AGEN" ATAU "PM DROPSHIP" ke 010 402 6007 Sebelum Kuota Penuh!.

Tuesday, 11 July 2017

CARA MUDAH UNTUK CEGAH KANSER PROSTATE

AMARAN!!
ARTIKEL INI HANYA UNTUK:
 LELAKI YANG BERGELAR SUAMI; DAN 
PEREMPUAN YANG BERGELAR ISTERI SAHAJA

(Terutama untuk isteri, kalo suami baca sorang, tak jadi apa)


Wohoooo!!!

Ok, mari kita bercakap mengenai kesihatan prostate dan cara mudah untuk mencegahnya.

Ini isu yang sensitif tetapi amat penting untuk lelaki di seluruh dunia. Gangguan di kelenjar yang menghasilkan air mani ini semakin biasa di kalangan lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun. Prostate yang membesar boleh menyebabkan kencing menjadi kerap dan menyakitkan. Kanser prostat kini merupakan kanser ketiga yang paling umum di Amerika.

Jadi, bagaimana nak atasi?

Perkara yang normal seperti diet, senaman dan pemeriksaan rutin adalah cara yang paling berkesan untuk menjaga kesihatan prostate. Walau bagaimanapun, kaedah baru yang lebih menyeronokkan telah ditemui oleh penyelidik Universiti Harvard.

Dinyatakan di dalam jurnal Urologi Eropah, aktiviti seksual yang tinggi dapat mengurangkan risiko kanser prostate.

Kajian itu memantau aktiviti seksual 32,000 lelaki dan kesimpulannya menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai kadar ejakulasi yang tinggi, kurang berkemungkinan untuk mempunyai tumor prostate.

Jadi, berapa kali anda perlu ejakulasi dalam sebulan? Kajian mendapati bahawa lelaki yang mengalami ejakulasi sekurang-kurangnya 21 kali sebulan mempunyai risiko kanser prostate sebanyak 33% lebih rendah.

Bagaimana perkara ini membantu dalam kesihatan prostate masih belum ditentukan lagi, tetapi para saintis membuat spekulasi bahawa ia boleh membuang toksin daripada sistem tersebut.

Sudah tentu, ejakulasi sahaja tidak akan menyelamatkan sepenuhnya prostate anda. Pakar mengatakan bahawa obesiti, tembakau, makanan proses berlemak-tinggi dan keturunan adalah salah satu faktor yang akan menyebabkan kanser prostate.

Dr. James Balch percaya bahawa diet yang baik adalah satu perkara yang positif untuk lelaki yang berhasrat untuk melindungi prostate dari kanser.

Sekiranya seorang lelaki ingin menghindari dari bilik pembedahan dan mengelakkan kanser prostate, dia perlu melepaskan diri sepenuhnya untuk mengelakkan makanan ringan yang tinggi lemak dan toksin yang menyumbang kepada masalah prostate serta memulakan program pemakanan bijak.

Selain dari seks dan diet yang sihat, pengambilan tomato, kopi organik, lemak berasaskan tumbuhan, senaman dan tidak merokok juga akan membantu mencegah kanser prostate.

Jadi Tuan, Puan, kini anda tahu apa yang perlu anda lakukan bukan? 



EH......KEJAP, KEJAP..... 

nak amalkan pemakanan sihat - ok, senang
nak amalkan senaman              - ok, no problem
nak buang rokok                        - ok, boleh diusahakan

TAPI, 21 KALI SEBULAN!!!!      - weh...bia betul!!! mana ada tenaga....lepas kerja penat la.

Haaa, Tuan/ Puan jgn risau... solution dia kat sini:
                                               a) solution untuk suami (sila klik)
                                               b) solution untuk isteri (sila klik)


Selamat mencegah kanser prostate!!! ...dan
Selamat membantu suami anda mencegah kanser prostate!


YANG PENTING, SELAMAT BERGEMBIRA!! 

Strategi untuk meningkatkan paras testosteron secara semulajadi


Testosteron adalah hormon yang membantu anda meningkatkan jisim otot dan ketumpatan tulang. Bukan hanya terhad untuk membantu anda mempunyai bentuk badan sado, ia juga penting untuk kesihatan yang baik! Tahap testosteron yang rendah, di kalangan lelaki, boleh membawa kepada beberapa keadaan kesihatan yang serius, termasuk peningkatan risiko kemurungan, keinginan seks yang rendah, obesiti, dan dan lain-lain.
Lelaki yang mempunyai testosteron yang rendah juga lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung, kemurungan, kehilangan jisim otot dan peningkatan berat badan (terutama apabila dipasangkan dengan tahap peningkatan estrogen. (sila klik untuk mengetahui kesan obesiti dan masalah lelaki)
Berikut Adalah Beberapa Kaedah Meningkatkan Testosteron Dengan Mudah
    
Kaedah # 1: Sprint a.k.a. lari pecut
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa anda boleh meningkatkan tahap testosteron anda dengan berlari. Dalam satu kajian, tahap testosteron meningkat dengan ketara bagi mereka yang melakukan beberapa 6 saat sprint. (YUP, sangat pendek, tetapi sengit!!) – dan tahap testosteron kekal tinggi walaupun mereka telah pulih sepenuhnya dari latihan sprint.
Kaedah yang disarankan untuk keputusan yang optimum:
• 5-10 sprint pendek tidak lebih daripada 15 saat setiap satu;
• Rehat antara 45-60 saat setiap sprint; 
 Lakukan sebanyak 2-3 kali seminggu.
 
Tip # 2: Angkat Berat
Kajian menunjukkan latihan angkat berat dengan ulangan yang rendah (heavy weight with low reps) akan meningkatkan testosteron dengan lebih ketara jika dibandingkan dengan latihan angkat berat yang ringan dengan ulangan yang banyak (light weight with reps light weight).
Kaedah yang disarankan untuk keputusan yang optimum:
• Lakukan latihan berat yang melibatkan majoriti otot badan seperti seperti squats, deadlifts, bench press, dan Olympic lift.
• 2-3 kali setiap minggu.
• Sebagai langkah permulaan, sila lakukan dibawah pengawasan pelatih yang bertauliah. Penggunaan weight training machine juga adalah jauh lebih mudah dan selamat.
• Di set latihan yang terakhir, pilih berat paling maksimum yg termampu a.k.a. berat yang boleh diangkat sebanyak 5-6 ulangan tanpa bantuan rakan, tetapi memerlukan pembantu untuk melakukan 3-4 ulangan tambahan bagi melengkapkan jumlah ulangan sebanyak 8-10 kali.
Tips # 3: Gunakan Tempoh Rehat Panjang
Para saintis mendapati kesan rehat yang lebih lama sekitar 120 saat antara set adalah lebih baik untuk meningkatkan testosteron. Oleh itu, untuk memaksimumkan masa di gym pada masa yang sama mengoptimumkan masa rehat setiap otot, dicadangkan agar aktiviti yang mensasarkan kumpulan otot yang berbeza dilakukan semasa kumpulan otot yang lain berehat.
Kaedah yang disarankan untuk keputusan yang optimum:
• Lakukan satu set bench press (yang mensasarkan otot dibahagian atas badan)
• rehat dalam 30-60 saat
• lakukan satu set squats (yang mensasarkan otot dibahagian bawah badan).
Tip # 4: Hindari Cardio Kronik
Sukan endurance seperti berbasikal jarak jauh didapati boleh menurunkan testosterone (berlawanan dengan latihan angkat berat yang meningkatkan testosterone). Terdapat satu kajian yang dijalankan pada tahun 2003 mendapati bahawa tahap testosteron jauh lebih rendah dihasilkan oleh penunggang basikal berbanding atlet angkat berat. Sesetengah penyelidik telah menyimpulkan bahawa tahap testosteron rendah dalam atlet endurance adalah sebagai langkah penyesuaian yang memberi kelebihan kompetitif – kerana jisim otot tambahan dari testosteron mungkin akan melambatkan pergerakan mereka.
Kaedah yang disarankan untuk keputusan yang optimum:
• Elakkan melakukan latihan endurance.
Tips #5: Amalkan Herba Tongkat Ali dan Ubijaga
Antara kaedah yang muidah untuk meningkatkan hormon Testosterone sejak zaman berzaman di kawasan Asia Tennggara adalah dengan mengamalkan herba Tongkat Ali (Eurycoma longifolia). Tongkat Ali adalah tumbuh-tumbuhan yang terkenal untuk memperkuat tenaga lelaki dan meningkatkan prestasi seksual. Tongkat Ali biasanya digunakan bersama Ubijaga (Smilax myosotiflora) untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ubijaga juga didapati membantu untuk membakar lemak dan mempunyai sejenis protein yang telah diiktiraf sebagai afrodisiak untuk meningkatkan prestasi seksual lelaki.
Hasil kajian mendapati bahawa mempunyai sebatian aktif tongkat ali bertindak sebagai anti malaria, anti kanser, agen penggalak seks(Apphrodiasiac) dan untuk meningkatkan kesihatan badan. Pada 2003, British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik yang menunjukkan tongkat ali mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot. Terdapat kajian lain yang mendapati sebatian aktif seperti Eurikomanon, Eurikomalakton dan Eurikomanol (Qussinoids) yang banyak terdapat di dalam akar Tongkat Ali berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan Hormon Testosterone.
Kaedah yang disarankan untuk keputusan yang optimum:
• Ambil 1 sudu x360 Ubijaga sebelum sarapan pagi dan 1 sudu sebelum tidur setiap hari.
Sumber : http://www.mithalimoms.com.my/kaedah-meningkatkan-testosteron-dengan-mudah/

Kesan Obesiti (Gemuk) Kepada Libido Lelaki

AMARAN:      Artikel ini tidak sesuai untuk:
  • remaja bawah umur
  • wanita bujang
  • lelaki yang telah sedia power
  • lelaki yang perasan power (tapi sebenarnya tak power pon)
  • lelaki yang tak kisah pasal kebahagian batin isteri
maka sila tinggalkan page ini segera.

TETAPI, JIKA ANDA :

  1. Seorang lelaki berumur 30 tahun ke atas?
  2. Telah berkahwin atau sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga?
  3. Menghadapi masalah obesiti atau sedang menuju ke arah tersebut?
  4. Risau dengan kebahagiaan isteri/ bakal isteri anda?
  5. Semua di atas

Sekiranya jawapan anda “NOMBOR 5”

sila teruskan pembacaan anda, kerana ia amat penting untuk masa depan anda.

Masyarakat telah semakin sedar tentang ancaman obesiti (kegemukkan). Walau bagaimanapun, terdapat kesan obesiti (gemuk) yang masih kurang diberi perhatian iaitu kesan obesiti (kegemukkan) terhadap seksual lelaki. (Mungkin kerana kesan tersebut terlalu taboo atau terlalu aib untuk diakui.)
Sedar atau tidak, Obesiti (Gemuk) boleh menjejaskan fungsi seksual lelaki dengan 3 cara berikut:

1. Ganguan hormon testosterone

Pengeluaran hormon testosteron pada lelaki obes sering berada di bawah paras normal. Tahap testosteron yang rendah menyebabkan ganguan fungsi erektil dan libido yang rendah. Keadaan ini dikenali sebagai hypogonadisme.  Terdapat juga laporan bahawa lelaki obese sering kehabisan tenaga sebelum “bertarung” dan menganggap bahawa seks adalah terlalu membebankan. (Sila klik untuk mempelajari kaedah meningkatkan hormon Testosteron dengan mudah).

2. Penyempitan Saluran Darah

Obesiti (Kegemukkan) juga menjejaskan saluran darah zakar dengan membawa kepada pengumpulan kolesterol di dinding dalaman arteri zakar atau lebih dikenali sebagai Atherosclerosis. Masalah Atherosclerosis tersebut boleh merosakkan dan menghalang pembuluh darah serta mempengaruhi aliran darah keluar-masuk dari zakar lalu menyumbang kepada masalah fungsi erektil dimana zakar tidak memperolehi bekalan darah yang mencukupi untuk menjadi tegak dan membesar.

TAK CUKUP DENGAN ITU!!!!!           
Obesiti (Kegemukkan) juga menyumbang kepada penyakit serius lain yang seperti TEKANAN DARAH TINGGI, KENCING MANIS, MASALAH KOLESTEROL dan lain-lain.

3. Ganguan psikologi

Kehidupan masyarakat pada zaman ini yang terlalu mementingkan penampilan sebenarnya amat menyukarkan bagi seorang lelaki yang menghadapi masalah obesiti. Tahap keyakinan diri mereka amat rendah disebabkan oleh dengan keadaan fizikal mereka dan mereka sering mengelak daripada melakukan hubungan seks dengan psangan.  Tambahan pula lemak yang berlebihan di bahagian perut boleh membuat zakar kelihatan lebih kecil daripada yang sebenarnya, dimana ia bagaikan meyapu garam di luka keyakinan diri mereka (Ouchh!!).

OK!! OK!! Dari tadi asik cerita problem je. Jadi apa solution dia?

Sabar……ni ha:

Langkah Penyelesaian

Memandangkan masalah obesiti dikalangan lelaki amat berkait rapat dengan prestasi seksual, adalah dicadangkan agar setiap lelaki yang menghadapi masalah obesiti perlu:
  • Memberikan penumpuan terhadap penurunan berat badan
  • Meningkatkan aktiviti fizikal – berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya selama 45 minit atau menjalankan latihan angkat berat
  • Mengambil bijirin, buah-buahan kering, dan sayur-sayuran dalam diet harian
  • Mengurangkan pengambilan gula, makanan bergoreng, makanan ringan dan minuman ringan.